BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Photobucket

Sunday, 10 April 2011

Kunci Kebahagiaan: Mengenal Erti Sebenar Sebuah Kehidupan

"Dalam kehidupan ini, orang yang paling bahagia ialah, orang yang tahu tujuan sebenar sebuah kehidupan"

Apabila seseorang mengetahui, bahawasanya hidup ini suatu perjalanan, pasti dia perlu mengetahui juga, apakah tujuan sebuah perjalanan ini? Jika tidak, dia ibarat seorang musafir yang tersesat di tengah-tengah gurun sahara, yang tidak tahu ke mana ingin dituju.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah, seseorang lahir ke dunia, tidak pernah atas kehendak dan pilihannya sendiri. Dia tidak wujud di dunia ini, atas keinginannya untuk hidup. Suatu hari nanti juga, dia tidak pernah mati atas pilihannya sendiri, tetapi ajal yang menjemputnya pergi.

Jadi, sudah pasti, orang yang berakal, mampu memahami di sebalik hakikat ini, bahawasanya, ada Sang Maha Pencipta, yang sebenarnya mengatur kehidupannya. DIALAH yang menciptakannya, dan seluruh alam ini. Apa yang pasti, DIALAH juga yang menganugerahkan kepadanya sebuah kehidupan, yang penuh dengan nilai yang diletakkan olehNya.

DIALAH ALLAH (هو الله)

DIALAH ALLAH… Dialah Tuhan yang menciptakan segala sesuatu. Dialah yang menciptakan manusia dan kehidupan mereka, demi sebuah nilai yang agung. Dialah Allah s.w.t., di sebalik apa yang kamu perhatikan daripada seluruh alam ini.

Allah s.w.t. berfirman mengenai hal ini:

Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, Kemudian Dialah mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah mengalirkan (pula) bagimu sungai-sungai. [32.] Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan Dia juga telah menundukkan bagimu malam dan siang. [33.] Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). [34] (Surah Ibrahim: 32-34)

Ayat ini mengajak manusia merenung sejenak, suatu hakikat di sebalik sebuah perjalanan kehidupan manusia, dan di sebalik keindahan alam yang menjadi medan perjalanan kehidupan mereka. Ayat ini menyeru ke arah kefahaman yang sebenar tentang hakikat diri manusia dan seluruh alam di sekeliling manusia ini.

Hakikatnya, di sebalik seluruh alam ini, wujud Allah s.w.t., Tuhan yang menciptakan segala sesuatu dan mentadbirkan seluruh alam ini. Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa, yang mana, seluruh kewujudan alam ini, merupakan antara bukti kewujudan dan keagunganNya.

Alam yang penuh keindahan, serta sistem cakerawala yang sungguh tertib dan tersusun, menjadi petunjuk kepada kewujudan dan keagungan Allah s.w.t., Tuhan yang menciptakan sekalian alam, termasuklah manusia. Namun, hanya orang-orang yang berakal sahaja, yang mampu merenungkan bahawasanya, seluruh alam ini, merupakan bukti kewujudan dan keagungan Allah s.w.t..

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (Surah Al-Baqarah: 164)

Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa, dalam seluruh kejadian alam ini, ada petanda yang menunjukkan akan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t., bagi orang-orang yang mahu memikirkannya dan merenungkannya.

Adapun orang-orang yang leka dengan kepalsuan duniawi, dan sibuk bertuhankan hawa nafsu sendiri, pasti tidak mahu mengerti dan merenungi bahawasanya, di sebalik kejadian alam ini, wujudnya Allah s.w.t. yang merupakan Tuhan yang Menciptakan segala-galanya termasuklah diri mereka sendiri.

Golongan yang cuba mengingkari hakikat bahawasanya di sebalik kewujudan diri mereka, dan di sebalik kewujudan seluruh alam ini, ada Tuhan yang Maha Pencipta, iaitu Allah s.w.t., mereka sebenarnya cuba melawan fitrah diri mereka sendiri yang sememangnya mengakui wujudnya Allah s.w.t di sebalik kehidupan mereka.

Saturday, 9 April 2011

Hakikat bahagia-unic

Hakikat Bahagia

kat post ni lak i nk kongsi ngn korang tentang satu lagu ni..... tjuk die "Hakikat Bahagia " best sgt *_*


 Hakikat Bahagia
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com 


Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 
Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 

Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 


Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 


C/O : 
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 


Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan

 
Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki 
..,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,. best kn 

Tips yang keempat & kelima *_*

  Tips yang keempat yang I nk kongsi ngn korang ialah Beri yang terbaik

Tips seterusnya untuk meraih bahagia ni ialah beri yang terbaik. Ini sme la jgak kite bagi komitmen yang baik kepada satu amanah yang tlh dipertanggungjawabkan pada kite. Contohnya tangunggjawab kite sbagai seorang anak mstilah buat yang terbaik untuk kedua-dua ibu bapa kite… Tol x?

Cube bagi yang terbaik bagi setiap tanggungjawab yang diamanahkan agar perjalanan hidup kita lancar dan teratur. Namun, sekiranya apa yang kita lakukan tidak dihargai percayalah, ALLAH sahaja yang berhak menilai setiap perbuatan hamba NYA.  =)

Tips yang kelima : bina persahabatan
Binalah persahabatan yang baik untuk meraih kebahagiaan dunia dan akhirat. Persahabatan sebenar ialah persahabatan yang tidak memandang kepada harta benda, kelebihan atau pengaruh seseorang. Bersahabatlah untuk berkongsi susah dan senang, untuk saling ingt mengingati dan menasihati. Dengan adanya hubungan silaturrahin yang baik sesama sahabat ia akan membawa kita kepada BAHAGIA. =)

Tips yang kedua lak : Senyum selalu





Senyum adalah penawar bagi segala penyakit. Di dalam Islam, senyum adalah sedekah. Betapa besarnya makna senyum itu sehingga insan yang telah melemparkan senyuman kepada insan lain dapat meraih pahala di sisi Islam.

            Untuk pengetahuan korang sumer orang yang melemparkan senyuman kepada orang lain tu secara tidak langsung die menghantar aura kegembiraan kepada si penerima. Penerima akn merasa dirinya dihargai, di sayangi bah kan dihormati. Dan kehidupannya pada hari itu dirasakan menyeronokkan dan kurang tekanan. Tidak kira siapa yang tersenyum asalkan ia satu senyuman yang ikhlas mesej keharmonian dan kebahagian dapat disampaikan. =)

Ciptalah jenaka dalam kehidupan seharian kerana ia boleh membuatkan diri sendiri dan orang lain tersenyum dan tertawa.  Alangkan indahnya dan besar pahalanya sekiranya dapat menggembirakan hati orang lain especially hati yang dilanda kesedihan. =) 








tips nak meraih bahagia =) "kebahagian adalah hak milik setiap Insan"

  


Kt sni plak nk kongsi ngn korang tentang tips kite nk raih bahagia =)
Tips ni I ad bce dlam buku “Raihlah Bahagia” karya Siti Marziah Zakaria *_*
Buku ni best sgt2 law bce kan rse tenang jiwa dan raga =) hihihihihi nanti lau korang nk bce ley je law nk pinjam kt I or g beli kt kdai bku =) llalalal ~~~

Tips yang pertama ialah : Usah mengeluh

Perasan keluh kesah akan membawa akibat yang buruk kepada kesejahteraan dan emosi kita. Mengeluh ni menunjukkan kita tidak reda dengan ape yang mnimpa atau tak bersyukur dgn nikmat kurniaannya. Semakin kite mengeluh semakin kuat beban tekanan yang akan kita rasai n dia akn membuatkan kita akan rase bertambah kusut. So lepas ni jgn selau mengeluh kalau kite nk mersai ape itu BAHGIA.

Mencari sinar kebahagiaan “cewah ayat” ngeee~~~ *_*








Mencari kebahagiaan semestinya menjadi fitrah murni setiap makhluk yang bergelar manusia. X kira lah hang laki ka pempuan ka , tua or muda ka, kaya or miskin ka, org kecik or org besaq ka. Semua menginginkan KEBAHAGIAN. Segala tindak tanduk manusia dapat kita lihat tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mencari kebahagiaan.

Orang yang mendapat kebahagiaan akan merasa ketenangan hati, ketenangan jiwa dan keindahan roh. Kalau kita lihat berbagai cara dan jalan telah ditempuh manusia untuk mendapatkan kebahagiaan. Ada yang mencari kebahagiaan melalui kekayaan, pangkat, nama, kemasyhuran atau isteri yang cantik. Tetapi yang menjadi permasalahan sekarang adalah, benarkah semua itu dapat memuaskan hati manusia dengan mutlak?????? Hihihi jawab jawab

Kalau mencari kebahagiaan itu diusahakan dengan kebendaan, percayalah…manusia akan gagal mencari kebahagiaan, manusia akan mencapai kekecewaan, manusia akan merasa malang setiap hari, jiwa tidak tenang, tidak tenteram sepanjang masa. Inilah yang dikatakan Neraka sementara sebelum merasakan Neraka yang hakiki dan dahsyat lagi mengerikan di Akhirat nanti.